Monday, October 10, 2016

Neck Carbuncle

'Carbuncle' Leher.


Saya pasti apabila berlaku pembengkakan dileher sebegini bermacam2 perkara bermain difikiran si pesakit.Perasaan bercampur aduk, keliru,takut,cemas dan sebagainya mulai menguasai diri.

Saya sebagai seorang ahli farmasi mula2 akan menerangkan bagaimana kemungkinan terjadinya penyakit begini  melalui perkongsian dari pesakit tentang aktiviti harian beliau sewaktu sihat.

Hasil penceritaan dari pesakit saya mendapati beliau seorang yang aktif bersukan tetapi tidak menjaga hidrasinya dengan baik.Disamping tabiat merokok yang sedia ada menjadi punca  jangkitan kelenjar limfa ini.
Pada kebiasaannya penyakit ini diakibatkan oleh Staphylococcus aureus.
Memandangkan usia beliau masih diawal 20an.Kelenjar limfa dibahagian leher berjaya pesakit telah berjaya membebaskan pengumpulan nanah melalui kulit setelah seminggu mengamalkan vitamin B17 sebanyak 2 biji 2 kali sehari bersama penambahan 2 sudu besar minyak kelapa dara pada hari ke 3 pengambilan b17.

Nanah dibiarkan mengalir keluar selama 2 hari sehingga ada aliran darah.
Apabila aliran darah mula keluar setelah menunggu beberapa ketika dengan izin Allah swt ia mula membeku.

Saya mulakan chantiva sebiji 2x sehari dlm diet pesakit.Kesannya setelah 3 hari bahagian yg berlubang mulai penuh.Sel2 baru membahagi dengan cepat sekali.

Penggunaan plaster Sure skin membantu dalam meningkatkan aliran darah ke bahagian tersebut.Setelah seminggu saya menukarkannya dengan Deep seal Ag bagi menghindarkan jangkitan kuman serta menyerap lebihan cecair plasma yang keluar.Setelah luka semakin baik saya tambah pula Vitamin C1000mg sehari sekali.Alhamdulillah hasilnya sungguh mengkagumkan.