Thursday, March 14, 2013
SAYA SUKA ZIKIR IA MENENANGKAN JIWA...
Di sini saya sertakan link ke blog Zikir2 yang sangat mempengaruhi kehidupan seharian...http://inia-lurun.blogspot.com/2009/09/qasidah-istighfar-lirik-qasidah.html
Wednesday, March 13, 2013
Solat Taubat.
Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat
Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
Muhammad Isa Selamat
Semoga dengan
perkongsian atas perkongsian ini akan bermanafaat kepada seluruh muslimin dan
muslimat.Sesungguhnya segalanya adalah dari Allah Taala.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan
kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan
taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan
kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu
yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa
dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar:
53)
Syarat-syarat taubat :
1.
Ikhlas ingin bertaubat
2.
Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3.
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4.
Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa
itu untuk selama-lamanya
5.
Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang
dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka
syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang
berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika
berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa
cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu
melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika
demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan
diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan
akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat
seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup
bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat
menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang
disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah
sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan,
apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati
pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal
dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal
ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan
jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara
melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa,
iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci,
menghadap kiblat;
§
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa
(kecuali waktumakruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa
Qiyamullail
§
Lafaz niat: “Sahaja
aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
(Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah –
sila rujuk kpd pakar feqah)
§
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian
surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
§
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat
atau surah dalam al-Quran.
§ Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi
Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan
dari Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain
Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang
yang zalim.”
§
Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada
Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha
Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
§ dan berdoa
dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain
Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di
dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu
sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan.
Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku
mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat
mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Tips-tips bagi melancarkan hafalan Al-Quran
http://www.facebook.com/note.php?note_id=240892319279571
kredit buat Ensiklopedia Petua Melayu Lama di facebook.
kredit buat Ensiklopedia Petua Melayu Lama di facebook.
Al-huffaz
http://www.youtube.com/watch?v=0WcBSSPO3Ds
Teknik Al-huffaz suatu kaedah menghafal AL- Quran yang terbukti berkesan.
Teknik Al-huffaz suatu kaedah menghafal AL- Quran yang terbukti berkesan.
Tuesday, March 12, 2013
Hafalan Al-Quran bermula surah Al-Balad
http://wn.com/al_balad
Pengalaman sewaktu memulakan usaha menghafal Al-Quran 4 baris ayat yang pertama surah ini membuatkan masa cuti sehari yang dulunya terasa pendek kini mula rasa penuh pengisian.Alhamdulillah ...semoga akan terus memberikan semangat untuk aku melakukan hijrah ini meski pun melalui pelbagai rintangan dan dugaan.In sha Allah.....
Pengalaman sewaktu memulakan usaha menghafal Al-Quran 4 baris ayat yang pertama surah ini membuatkan masa cuti sehari yang dulunya terasa pendek kini mula rasa penuh pengisian.Alhamdulillah ...semoga akan terus memberikan semangat untuk aku melakukan hijrah ini meski pun melalui pelbagai rintangan dan dugaan.In sha Allah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)